One continent awaay.
The one thing I remember most about Sakti (it stands for Sains Kota Tinggi everyone =P), apart from long sleepy preps, compulsory evening sports and horrible detentions (waiting in front of the warden’s room until 2 in the morning just because there’s water dripping from our dorm (?) or or putting on pails as tudung just because we didn’t cover our hair at the aspuri corridor (!?)), was the movie weekend. My school was so ceruk, so felda-ish, one hour drive to a decent mall (!?) klu naik bus jgn ckplah berapa lama setahun br sampai, kelapa sawit everywhere. The only entertainment we had at that time was the 32-inch TV on the lounge room. Every week mesti ada orang psg CD pirate. Korean series became a huge hit. Cikgu Maths form 3 sy yg kecil molek itu siap pinjamkan CD Autumn in My heart. N-Sync, Westlife, BSB jadi kegilaan ramai. Semua orang nak jatuh cinta kat Kimura Takuya (I’m not one of them =P). Ju-On 1, 2, dan 3 jadi hiburan sebelum tidur. Since Kota Tinggi is close to Singapore, channel Singapore yg selalu psg cerite up-to-date menjadi jambatan hubungan kami dgn dunia luar (ok exaggerate).
Tingkatan 4 kelas saya adalah kelas plg tiptop dlm drama. Masuk pertandingan drama antara kelas mesti kelas saya nombor satu. Hadiah hamper makanan, sbb itu kami suka. Saya pernah berlakon menjadi pembantu rumah yg kalut dan juga host pertandingan catwalk yg bersuara high-pitch. Kwn sy pula pernah berlakon sbg monyet. Kami pandai buat audience tersentuh hati lalu menangis.
Saya sangat tidak suka AddMath sbb saya tidak pandai mengira. Tetapi saya paling suka MathMod kerana MathMod senang. Cikgu Khairi pernah puji senyuman saya manis =). Dari form 1 sampai form 5 saya mesti dilantik menjadi AJK Kecerian kelas kerana saya pandai menggunting. Saya dan geng saya selalu berebut newspaper dgn budak lelaki. Kadang2 ada orang curi tudung sekolah saya di jemuran sbb tudung saya bernila cantik. Saya ada kawan India bernama Nalini Monica a/p Siva. Saya tidak tahu kenapa saya ingat nama penuh beliau. Pernah suatu malam beliau suruh kawan baik saya carikan rambut gatal beliau. Beliau ada banyak rambut gatal.
Makanan DM include nasi kawah. Saya suka hari sabtu sbb abg DM masak nasi ayam. Abg DM pernah hampir dibuang kerja kerana ura2 beliau kacau air pakai selipar, walhal sebenarnya beliau memakai selipar semasa mengacau air dan bukannya mengacau air dgn menggunakan selipar. Kadangkala masakan DM tidak sedap langsung. Mungkin jua benar abg DM masak guna selipar.
Masa itu saya rasa sangat tidak seronok duduk asrama.
Until I was in Form 5 did I feel like I’m going to leave a part of me in Kota Tinggi. A huge part.
Mungkin bila saya sudah tua, kenangan duduk asrama akan jadi salah satu kenangan sy yg paling berharga.
Start tulis English, lama2 tulis Melayu tp berterabur. Silalah maafkan sy.